Sunday 9 December 2012

perjalanan hidup

assalamualaikum
         
        First sekali aku nak ucapkan tahniah pada rakan-rakan yang sudah terima panggilan sambung belajar dari lepasan sijil kolej komuniti ke diploma. Aku kecundang , kerana gagal untuk meneruskan pelajaran ke peringkat diploma seperti rakan-rakan lain. SEDIH, PILU, GERAM pelbagai perasaan ada dalam hati. Mungkin belum ada rezeki. Rezeki rahsia ALLAH. Aku sentiasa memikirkan di mana arah perjalanan seterusnya untuk diri ini. Aku tak punya apa-apa, sekadar SIJIL KOLEJ KOMUNITI adakah bisa menggembirakan ibu bapa dan keluarga dan menjamin untuk masa depan ? Umur semakin meningkat, cabaran di luar semakin hebat. Kadang-kadang termenung seketika memikirkan masa depan diri ini. Sukar untuk membuat spekulasi apa yang mungkin berlaku dalam hidup. Hanya ALLAH sahaja tempat ku meminta berdoa agar sabar dengan ujian yang diperolehi dan perjalanan hidupku bukan sekadar sampai sini sahaja. Amin ya rabbal alamin.

      BUAT CINTA:

adakah kau terima seadanya diri ini yang serba kekurangan buat selamanya?

kau tinggi diatas. Sukarnya terasa untuk menggapai langit seperti kamu.
Terasa diri ini amat kerdil walaupun realiti besar orangnya.

Aku usaha untuk beri 100% untuk kebahagiaan hubungan kita.

Aku sayang kau, aku cinta kau siti aliah, ikhlas dari hati .






     


No comments:

Post a Comment