Friday 13 January 2012

hadirnya cinta

assalamualaikum dan salam satu malaysia .


              Setiap manusia pasti akan menerima hadirnya perasaan cinta . cinta hadir tak di duga . Itulah yang telah aku alami hidup seorang remaja yang penuh coret-coret kehidupan . Memang sebelum ini aku pernah bercinta . Tapi cinta itu mungkin aku boleh diklasifikasikan sebagai cinta monyet . Aku ingin bercinta sehingga kekal ke jinjang pelamin . Mungkin kita tak sedar berapa umur kita sekarang . Aku dihadiri cinta oleh seorang rakan seperjuangan aku sendiri semasa dibangku sekolah menengah . Perasaan cinta hadir tak disangka , aku yakin dialah wanita yang aku idam dan boleh memberi kebahagiaan kepada aku .
             Setelah perasaan ini hadir , aku meluahkan padanya . Tapi si dia belum bersedia untuk menerima diri ini . Aku menanti dengan penuh yakin , ternyata penantian aku tidak diakhiri dengan perasaan kecewa . Aku bersyukur sangat-sangat pada tuhan kerana membuka pintu hatinya untuk aku . Aku takkan sia-siakan cinta yang dibalasnya kepada aku . semoga percintaan ini akan kekal selamanya . amin amin ya rab .

aku sayang kau siti aliah bt abd rahim

 sekian     

14 januari 2012
2.37 a.m 


yang menaip
nafis selamat



Saturday 7 January 2012

sambungan pelajaran seterusnya

ehem ! testing testing testing . okayokay !

lebih 6 bulan aku berada di batu pahat kerana aku baru sahaja tamat menjalani latihan industri di majlis perbandaran batu pahat . pelbagai laluan pahit manis semasa berada di sini . kalau nak di ceritakan laluannya tu memang panjang berjelalah . sudah tiba masanya untuk aku kembali ke institusi pelajaran aku untuk menyambung pelajaran seterusnya di sem 4 . tup tap tup tap ! dah sem 4 dah aku . memang berat nak tinggalkan tanah kelahiranku ni . tapi apakan daya ini semua untuk masa depan aku juga . lepas ni dah mulalah kehidupan aku sebagai pelajar perantau kembali . jauh dari family, kawankawan dan juga yang tersayang(siti aliah bt abd rahim).

SELAMAT JALAN BATU PAHAT
SELAMAT DATANG MELAKA

i will miss you everyday .