Thursday 24 November 2011

LANDSKAP



Landskap 
ialah istilah daripada Bahasa Belanda bermaksud pemandangan desa
Landskap merupakan apa-apa yang terdapat di permukaan bumi sama ada elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan belantara, atau elemen buatan manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam buatan.
Landskap merujuk Kamus Dewan 1989 bermaksud keadaan taman dan sekitar sesebuah rumah.
Landskap merujuk Kamus Landskap 2005 bermaksud elemen yang terdapatdi muka bumi yang terhasil daripada kejadian alam semula jadi seperti gunung dan lautan atau yang terhasil daripada aktiviti ekonomi, kebudayaan dan politik seperti perlombongan, pembandaran dan sebagainya yang dapat dipersepsi oleh individu.
Landskap dibahagikan kepada dua

1. Landskap Lembut
2. Landskap Keras/Kejur

LANDSKAP LEMBUT
Perlandskapan yang melibatkan penggunaan elemen semulajadi
Seperti : 1. Tumbuhan  2. Air

LANDSKAP KERAS/KEJUR
Perlandskapan yang melibatkan penggunaan elemen buatan dan keras
Seperti : 1. Batu  2. Kayu 3. Simen 4. Besi 5. Fibreglass 6. Kaca
Contoh binaan : 1. Wakaf, Pergola, Siar kaki, Kolam,

JENIS-JENIS LANDSKAP
1.  Landskap Kediaman
2. Landskap Institusi
3. Landskap kawasan rekreasi
4. Landskap Kawasan Bersejarah
5. Landskap Kawasan perindustrian
6. Landskap di taman-taman tema
7. Landskap laluan/jalan


2 comments:

  1. Jelas dan nyata. Highlight, copy & paste. Hu. Lebih efektif jika diletakkan sumber dari mana nota/bahan tersebut diperoleh. Tidaklah nanti ditafsir sebagai bahan ciplak pula.


    Pemerhati dari jauh. Your sis ;)

    ReplyDelete