Saturday 25 May 2013

C.I.N.T.A





LEBIH SETAHUN HUBUNGAN INI ,
RINDUKAN SAAT BERSAMA ,
POTRETMU KU TATAP TATKALA RINDU ,
JASAD BERJAUHAN TETAPI TIDAK PADA HATI .

AKU DISINI SENTIASA MENGIGATI DIRIMU ,
SEMOGA KAU SIHAT SEJAHTERA NUN DISANA ,
KU DOAKAN TERBAIK BUATMU ,
SALAM CINTA , KASIH DAN SAYANG DARI KEKASIHMU .



SAYANG MAMA , HEHE





Sunday 9 December 2012

perjalanan hidup

assalamualaikum
         
        First sekali aku nak ucapkan tahniah pada rakan-rakan yang sudah terima panggilan sambung belajar dari lepasan sijil kolej komuniti ke diploma. Aku kecundang , kerana gagal untuk meneruskan pelajaran ke peringkat diploma seperti rakan-rakan lain. SEDIH, PILU, GERAM pelbagai perasaan ada dalam hati. Mungkin belum ada rezeki. Rezeki rahsia ALLAH. Aku sentiasa memikirkan di mana arah perjalanan seterusnya untuk diri ini. Aku tak punya apa-apa, sekadar SIJIL KOLEJ KOMUNITI adakah bisa menggembirakan ibu bapa dan keluarga dan menjamin untuk masa depan ? Umur semakin meningkat, cabaran di luar semakin hebat. Kadang-kadang termenung seketika memikirkan masa depan diri ini. Sukar untuk membuat spekulasi apa yang mungkin berlaku dalam hidup. Hanya ALLAH sahaja tempat ku meminta berdoa agar sabar dengan ujian yang diperolehi dan perjalanan hidupku bukan sekadar sampai sini sahaja. Amin ya rabbal alamin.

      BUAT CINTA:

adakah kau terima seadanya diri ini yang serba kekurangan buat selamanya?

kau tinggi diatas. Sukarnya terasa untuk menggapai langit seperti kamu.
Terasa diri ini amat kerdil walaupun realiti besar orangnya.

Aku usaha untuk beri 100% untuk kebahagiaan hubungan kita.

Aku sayang kau, aku cinta kau siti aliah, ikhlas dari hati .






     


Friday 22 June 2012

TAMATNYA SELANGKAH PENGAJIAN

assalamualaikum dan salam sejahtera

_______________________________________________________________________________

2 tahun bersama kolej komuniti masjid tanah . Tamatlah sudah pengajian di sana . 1001 kenangan tak kira pahit manis yang aku alami di sana . Jutaan terima kasih diucapkan kepada setiap pensyarah-pensyarah yang mengajar tanpa penat lelah beliau untuk membuatkan kami berjaya sehingga tamatnya pengajian di sana , segala jasa-jasa pensyarah takkan ku lupakan . Tak lupa juga        kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama melanjutkan pengajian di kolej komuniti masjid tanah sehinggalah tamat 2 tahun di sana . insyaallah perjalanan ku bukan hanya sampai di sini , harapan untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi memang ada dalam diri ini . semoga segala perjalanan hidup ini dipermudahkan oleh Allah s.w.t . 

_________________________________________________________________________________





                                                                                                                
                                                                                                               nafis selamat


                                                                                                      







                         

Friday 13 January 2012

hadirnya cinta

assalamualaikum dan salam satu malaysia .


              Setiap manusia pasti akan menerima hadirnya perasaan cinta . cinta hadir tak di duga . Itulah yang telah aku alami hidup seorang remaja yang penuh coret-coret kehidupan . Memang sebelum ini aku pernah bercinta . Tapi cinta itu mungkin aku boleh diklasifikasikan sebagai cinta monyet . Aku ingin bercinta sehingga kekal ke jinjang pelamin . Mungkin kita tak sedar berapa umur kita sekarang . Aku dihadiri cinta oleh seorang rakan seperjuangan aku sendiri semasa dibangku sekolah menengah . Perasaan cinta hadir tak disangka , aku yakin dialah wanita yang aku idam dan boleh memberi kebahagiaan kepada aku .
             Setelah perasaan ini hadir , aku meluahkan padanya . Tapi si dia belum bersedia untuk menerima diri ini . Aku menanti dengan penuh yakin , ternyata penantian aku tidak diakhiri dengan perasaan kecewa . Aku bersyukur sangat-sangat pada tuhan kerana membuka pintu hatinya untuk aku . Aku takkan sia-siakan cinta yang dibalasnya kepada aku . semoga percintaan ini akan kekal selamanya . amin amin ya rab .

aku sayang kau siti aliah bt abd rahim

 sekian     

14 januari 2012
2.37 a.m 


yang menaip
nafis selamat



Saturday 7 January 2012

sambungan pelajaran seterusnya

ehem ! testing testing testing . okayokay !

lebih 6 bulan aku berada di batu pahat kerana aku baru sahaja tamat menjalani latihan industri di majlis perbandaran batu pahat . pelbagai laluan pahit manis semasa berada di sini . kalau nak di ceritakan laluannya tu memang panjang berjelalah . sudah tiba masanya untuk aku kembali ke institusi pelajaran aku untuk menyambung pelajaran seterusnya di sem 4 . tup tap tup tap ! dah sem 4 dah aku . memang berat nak tinggalkan tanah kelahiranku ni . tapi apakan daya ini semua untuk masa depan aku juga . lepas ni dah mulalah kehidupan aku sebagai pelajar perantau kembali . jauh dari family, kawankawan dan juga yang tersayang(siti aliah bt abd rahim).

SELAMAT JALAN BATU PAHAT
SELAMAT DATANG MELAKA

i will miss you everyday .


Thursday 24 November 2011

LANDSKAP



Landskap 
ialah istilah daripada Bahasa Belanda bermaksud pemandangan desa
Landskap merupakan apa-apa yang terdapat di permukaan bumi sama ada elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan belantara, atau elemen buatan manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam buatan.
Landskap merujuk Kamus Dewan 1989 bermaksud keadaan taman dan sekitar sesebuah rumah.
Landskap merujuk Kamus Landskap 2005 bermaksud elemen yang terdapatdi muka bumi yang terhasil daripada kejadian alam semula jadi seperti gunung dan lautan atau yang terhasil daripada aktiviti ekonomi, kebudayaan dan politik seperti perlombongan, pembandaran dan sebagainya yang dapat dipersepsi oleh individu.
Landskap dibahagikan kepada dua

1. Landskap Lembut
2. Landskap Keras/Kejur

LANDSKAP LEMBUT
Perlandskapan yang melibatkan penggunaan elemen semulajadi
Seperti : 1. Tumbuhan  2. Air

LANDSKAP KERAS/KEJUR
Perlandskapan yang melibatkan penggunaan elemen buatan dan keras
Seperti : 1. Batu  2. Kayu 3. Simen 4. Besi 5. Fibreglass 6. Kaca
Contoh binaan : 1. Wakaf, Pergola, Siar kaki, Kolam,

JENIS-JENIS LANDSKAP
1.  Landskap Kediaman
2. Landskap Institusi
3. Landskap kawasan rekreasi
4. Landskap Kawasan Bersejarah
5. Landskap Kawasan perindustrian
6. Landskap di taman-taman tema
7. Landskap laluan/jalan


Wednesday 23 November 2011

adakah cintaku terbalas

aku sedar siapa diriku ini . 
sekadar budak gemuk yang tiada apa-apa . 
aku jatuh hati pada seorang teman lama aku sendiri .
dalam hati ini pelbagai tanda soal bermain di minda .
adakah perasaan ini terhadap dirinya terbalas .
itu yang sering kali bermain di minda aku .

aku sentiasa menanti dirinya .
jika dia menjadi milik aku .  
aku takkan sia-siakan dia sebagaimana dia disia-siakan oleh lelaki yang pernah menjadi miliknya .


semoga tuhan mahu dengar cintaku . 





                                     
       
                                                                                    yang menanti
                                                                                    nafis selamat