Thursday 24 November 2011

LANDSKAP



Landskap 
ialah istilah daripada Bahasa Belanda bermaksud pemandangan desa
Landskap merupakan apa-apa yang terdapat di permukaan bumi sama ada elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan belantara, atau elemen buatan manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam buatan.
Landskap merujuk Kamus Dewan 1989 bermaksud keadaan taman dan sekitar sesebuah rumah.
Landskap merujuk Kamus Landskap 2005 bermaksud elemen yang terdapatdi muka bumi yang terhasil daripada kejadian alam semula jadi seperti gunung dan lautan atau yang terhasil daripada aktiviti ekonomi, kebudayaan dan politik seperti perlombongan, pembandaran dan sebagainya yang dapat dipersepsi oleh individu.
Landskap dibahagikan kepada dua

1. Landskap Lembut
2. Landskap Keras/Kejur

LANDSKAP LEMBUT
Perlandskapan yang melibatkan penggunaan elemen semulajadi
Seperti : 1. Tumbuhan  2. Air

LANDSKAP KERAS/KEJUR
Perlandskapan yang melibatkan penggunaan elemen buatan dan keras
Seperti : 1. Batu  2. Kayu 3. Simen 4. Besi 5. Fibreglass 6. Kaca
Contoh binaan : 1. Wakaf, Pergola, Siar kaki, Kolam,

JENIS-JENIS LANDSKAP
1.  Landskap Kediaman
2. Landskap Institusi
3. Landskap kawasan rekreasi
4. Landskap Kawasan Bersejarah
5. Landskap Kawasan perindustrian
6. Landskap di taman-taman tema
7. Landskap laluan/jalan


Wednesday 23 November 2011

adakah cintaku terbalas

aku sedar siapa diriku ini . 
sekadar budak gemuk yang tiada apa-apa . 
aku jatuh hati pada seorang teman lama aku sendiri .
dalam hati ini pelbagai tanda soal bermain di minda .
adakah perasaan ini terhadap dirinya terbalas .
itu yang sering kali bermain di minda aku .

aku sentiasa menanti dirinya .
jika dia menjadi milik aku .  
aku takkan sia-siakan dia sebagaimana dia disia-siakan oleh lelaki yang pernah menjadi miliknya .


semoga tuhan mahu dengar cintaku . 





                                     
       
                                                                                    yang menanti
                                                                                    nafis selamat
                                                                                                                                              

Tuesday 22 November 2011

aku dan blogger

aku baru nak berjinak-jinak untuk berblogger .

buah cempedak diluar pagar .
ambil galah tolong jolokkan .
saya budak baru belajar .
kalau salah tolong tunjukkan .

nafis selamat . ^^